Makanan Tradisi Kaum India

ROTI CANAI

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.

NASI BERIANI

Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di Johor. Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi. Kuih muih orang India dijual di restoran mamak ialah: wade, maruku dan suji. Pelbagai minuman berasaskan tairu dan buah-buahan juga turut dijual. Contohnya nasi mangga.

MURUKKU

Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai/Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.

PUTU MAYAM

Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka, Malaysia dan Singapura sebagai snek.Proses menghasilkan putu mayam terdiri daripada mengaul tepung beras atau tepung idiyappam dengan air/atau santan, dan menekan doh melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti mee. Ia dikukus, biasanya dengan tambahan air pandan wangi sebagai perisa. Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula Melaka atau guna nisan.Di Malaysia dan Singapura, putu mayam dan seumpama dengannya biasanya dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja, atau motorsikal, juga dibuat di rumah, dan dihidangkan sejuk. Di Indonesia, putu mayam dikenali sebagai Putu mayang.Asal hidangan ini kemungkinannya dari Tamil nadu, selatan India, di mana mee tepung beras yang sama dihidangkan bersama gula dan kelapa, dan kadangkala dengan pisang juga, sebagai iddiyappam. Hidangan ini dimakan sebagai makan pagi bersama dengan sayuran berkuah atau aviyal, aau kari ikan, dll. Kesukaan bagi hidangan putu mayam, putu piring, atau cendol yang agak manis dengan hidangan berperisa juga biasa di Malaysia dan Singapore. Iddiyappam biasa terdapat di Kerala, Tamil Nadu, dan negeri selatan India, termasuk juga Sri Lanka. Tepung iddiyapam halus yang dijual secara perdagangan turut dijual sebagai cara mudah menghasilkan kesemua hidangan ini.

NEI URUNDAI

NEI URUNDAI ialah hidangan tradisi di Selatan India . Ianya kaya dengan protein . Boleh dibuat dengan hanya satu jenis dal atau kombinasi dua jenis dal .

ADHIRASAM

ADHIRASAM menjadi hidangan di hampir setiap rumah di selatan India . Bahagian yang paling penting dalam menghasilkan adhirasam adalah bahagian PAAGU (sirap) . Jika anda dapat adunan paagu yang betul , adhirasam dapat dihasilkan dengan rasa yang sangat lazat .

 

About these ads

About totallydelicious

Group Name : { Authentic701 } Group Members : { Amalina. Gan. Syahira. Nadia. Shu Ping. Asyiqin. }
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s